Wednesday, December 26, 2012

Memasak Dari Hati.......

Salam semua.....

Namaku Suzana, tapi orang terdekat memanggilku Cik Ana...hehehe, padahal aku dah kahwin. Tak kisahlah kan apa nak panggil pun. Aku ibu kepada 3 orang anak2 yang comel, 2 putera & 1 puteri serta isteri kepada seorang lelaki bernama Mohd Sohaily dan aku merupakan seorang surirumah sepenuh masa, so maknanya masaku banyak dihabiskan dengan anak2 dan kerjarumah termasuklah memasak. Ibuku selalu pesan kalau nak memasak, maka masaklah dari hati kerana jika kita memasak dari hati yang penuh kasih sayang, makanan yang kita masak itu akan menjadi lebih sedap lagi tambahan kita melakukannya untuk keluarga tersayang.
 
Kata orang tua-tua, kalau nak pikat hati suami bermula dari perutnya. Maknanya isteri kenalah pandai jaga makan minum suami. Kalau tak tahu memasak maka kita boleh belajar....tu kalau yang dah kahwin, kalau belum? Kalau lelaki yang belum kahwin? Senang cakap, orang bujangla. Dah tentu kena jaga perut sendiri kan?? Tapi zaman sekarang memasak bukan lagi kerja orang perempuan malah orang lelaki pun dah mahir bab-bab masak memasak ni. Tak caya? Cuba tengok chef-chef kat tv tu. Majoritinya lelaki kan? Tukang masak kat kedai makan pun kebanyakannya lelaki kan? Bukanlah maknanya perempuan tak ada yang jadi tukang masak atau chef cuma memasak ni dah jadi satu profesion @ kerjaya bagi mereka yang cintakan makanan.
 
Aku ni taklah pandai sangat memasak sebab masak zaman anak dara dulu nak makan je beli, memasak jarang sekali, maklumlah duduk kat asrama. Setakat masak air, goreng telur dan nasi goreng tu pandailah. Tapi setelah berkahwin barulah aku mula menjinakkan diri ke dapur, hihi....tu pun sebab malu kat mak mentua. Jadi kat sini aku nak kongsi beberapa resipi yang pernah aku buat untuk hidangan keluargaku. Bukan nak menunjuk pandai tapi sekadar mencuba. Sharing is caring.